Taklimat Keselamatan Internet, NADI Safe & Shield SK Abang Gesa Belawai

20 Disember 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Disember 2024, NADI Kg Jerijeh dan NADI Tanjung Manis telah mengadakan Program Taklimat Keselamatan Internet, NADI Safe & Shield bersama pelajar SK Abang Gesa Belawai. Taklimat ini diadakan bagi memberi pengenalan berkaitan fungsi dan kemudahan yang disediakan oleh pihak NADI. Selain itu, taklimat berkaitan program Klik Dengan Bijak dan Advokasi diadakan bagi memberi pendedahan tentang disiplin penggunaan peralatan digital dan bahaya penyalahgunaan internet oleh masyarakat pada hari ini. Program ini turut diselitkan dengan pengenalan Perkhidmatan Pintar yang mengandungi 5 pillar.

Taklimat seperti ini diharap berupaya meningkatkan kesedaran mereka terhadap penggunaan teknologi pada masa kini. Mereka juga turut diingatkan oleh para guru supaya berhati-hati memberikan maklumat peribadi mereka ke laman sosial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali